Friday, June 8, 2018

SaLaH KaH dIrI iNi

Bercinta dengan seseorang yang sememangnya bukan dari negara sendiri seakan akan melakukan kesilapan yang sangat besar kepada dunia. Sehinggakan orang sekeliling mencaci menghina padahal niat mereka ikhlas. Perkara ini tidak pernah dinyatakan salah disisi islam walhal islam mengalakkan kerana dengan cara ini secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan siraturahim antara negara.
Seharusnya kita memandang sebagai sesuatu yang positif bukan negatif semata-mata. Adakah kita inginkan mereka berhubungan secara sembunyi sehingga sanggup melakukan hubungan terlarang hanya kerana tidak ingin dipisahkan. Ibu bapa juga perlulah menyelidik, bukan bermaksud membenarkan seratus peratus tetapi dorongan dari ibu bapa lah penting ketika anak-anak berada dalam situasi dicaci dan dihina. Jangan pula ibu bapa turut mencaci dan menhina. Kebiasaanya kes ini terjadi dikalangan anak perempuan. Bukan kerana sudah tiada lelaki di negara sendiri tetapi mungkin inilah jodoh yang telah ditakdirkan.

Kenapa nak pandang rendah padahal artis kesayangan kita yang berkahwin dengan orang asing kita sanjung. Zaman kini masyarakat selalu menyokong tindakan artis kesayangan mereka yang berkahwin dengan orang asing tetapi anak kesayangan kita sendiri kita hina. Tidak salah untuk mengelakkan hubungan ini terjadi kepada anak kesayangan kita tetapi sekiranya terjadi seharusnya kita meminta petunjuk Allah SWT untuk menunjukkan kebenaran disebalik perkara tersebut. Jangan sampai tindakan kita atau anak kita akan membuatkan kita menyesal dikemudian hari.

Tindakan lain yang perlu ibu bapa lakukan ialah menyelidik pasangan anak kita itu samaada ikhlas ataupun mengambil kesempatan. Kini masih ada yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan kerakyatan dengan berkahwin dengan orang tempatan tetapi ada juga yang sebenarnya ikhlas. Jadi kita tidaklah perlu terus melenting dan terus terima. Ambilla masa untuk saling mengenali..

Pada pendapat semua salah ke kita bercinta dengan orang asing..
Nanti kita buat sambungan salahkah bercinta dengan orang berbeza agama.


No comments:

Post a Comment